Wednesday, 23 April 2014

KITARAN PERAKAUNAN


Kitaran Perakaunan

KONSEP ASAS PERAKAUNAN

*        Wang sebagai ukuran
Semua urusniaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai ringgit RM

*        Prinsip Catatan Bergu
Setiap urusniaga direkodkan dalam 2 akaun yang berasingan (disebelah debit dan kredit) dengan tarikh dan amaun yang sama

*        Entiti Berasingan
Perniagaan ialah entiti yang berasingan daripada pemiliknya

*        Tempoh Perakaunan
Hayat perniagaan perlu dibahagikan kepada tempoh perakaunan yang sama utk tujuan laporan

*        Kos Sejarah
Kos belian yang direkod kekal dalam buku perakaunan tanpa mengambilkira perubahan nilai dalam  pasaran

*        Berterusan
Perniagaan diandaikan wujud untuk jangkamasa yang panjang

*        Pemadanan
Kos sebenar yang terlibat dibandingkan dengan hasil yang diperolehi utk suatu tempoh tertentu

*        Ketekalan
Kaedah merekodkan yg sama digunakan dalam penyata kewangan

*        Materialiti
Butir-butir yang dianggap material sahaja yang direkodkan

DEFINISI PERAKAUNAN

PERAKAUNAN
  •         Proses penyediaan maklumat mengenai kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan untuk pihak pihak yang berkepentingan.
  •         Proses perakaunan melibatkan aktiviti mengenalpasti, merekodkan, mentafsir, menganalisis, melaporkan maklumat kewangan, serta merancang dan mengawal kegiatan perniagaan.

Tuesday, 22 April 2014

SELAMAT BELAJAR

Assalamualaikum,

Blog ini sebagai medium pekongsian ilmu untuk mempelajari Sistem Perakaunan UBS Accounting.

Input-input yang dipaparkan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis serta rujukan buku dan rakan-rakan. Insya Allah.

SELAMAT BELAJAR!!!