Wednesday 23 April 2014

KONSEP ASAS PERAKAUNAN

*        Wang sebagai ukuran
Semua urusniaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai ringgit RM

*        Prinsip Catatan Bergu
Setiap urusniaga direkodkan dalam 2 akaun yang berasingan (disebelah debit dan kredit) dengan tarikh dan amaun yang sama

*        Entiti Berasingan
Perniagaan ialah entiti yang berasingan daripada pemiliknya

*        Tempoh Perakaunan
Hayat perniagaan perlu dibahagikan kepada tempoh perakaunan yang sama utk tujuan laporan

*        Kos Sejarah
Kos belian yang direkod kekal dalam buku perakaunan tanpa mengambilkira perubahan nilai dalam  pasaran

*        Berterusan
Perniagaan diandaikan wujud untuk jangkamasa yang panjang

*        Pemadanan
Kos sebenar yang terlibat dibandingkan dengan hasil yang diperolehi utk suatu tempoh tertentu

*        Ketekalan
Kaedah merekodkan yg sama digunakan dalam penyata kewangan

*        Materialiti
Butir-butir yang dianggap material sahaja yang direkodkan

No comments:

Post a Comment