Wednesday 23 April 2014

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

 ASET

Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat untuk menjalankan aktiviti perniagaan
Aset semasa ialah aset yang mudah bertukar menjadi tunai. Contoh: Tunai, Penghutang
Aset bukan semasa adalah aset tahan lama yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Contoh: Kenderaan,Alatan Pejabat

LIABILITI

Liabiliti ialah hutang perniagaan kepada pihak luar
Liabiliti bukan semasa adalah hutang yang dibayar balik dalam satu jangka masa yang panjang iaitu melebihi setahun.
Contoh:Pinjaman Bank.
Liabiliti semasa adalah hutang yang dbayar balik dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada satu tahun. 

Contoh:Pemuitang,overdraf bank

EKUITI PEMILIK

Ekuiti pemilik adalah hutang perniagaan kepada pemilikan perniagaan yang terdiri daripada modal yang  dilaburkan oleh pemilik dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
Untung – menambahkan ekuiti pemilik
Rugi – mengurangkan ekuiti pemilik
Ambilan – mengurangkan ekuiti pemilik

HASIL

Hasil ialah wang yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada sesuatu tarikh
Hasil Kendalian – Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti sesuatu perniagaan.                
Contoh restauran-hasil jualan makanan
Hasil Bukan Kendalian – Pendapatan yang diterima secara tidak langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
Contoh – sewa diterima,faedah

BELANJA

Belanja ialah kos perkhidmatan atau barang yang dibayar apabila menjalankan perniagaan dengan tujuan mendapatkan hasil perniagaan.
Belanja Kendalian – Belanja yg terlibat secara langsung dalam aktiviti sesuatu perniagaan. 
Contoh restauran-sewa kedai,gaji pekerja
Belanja Bukan Kendalian – Belanja yg tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti sesuatu perniagaan.        
Contoh restauran-faedah pinjaman,rugi jual aset


No comments:

Post a Comment